[Skip Header] Friend Requests Messages HomeProfile Account(more) [End of Header]

About this Author

zali w helps education for the disabled.

 

keratan dari artikel Kembara Merentasi Benua Kehidupan

oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Tawakkal

Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?!

Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.

Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk

santau

by zali w on February 24, 2011

Alkisahnya aku pergi jalan-jalan makan angin di pantai timur, dapat pulak jemputan makan tengahari di rumah kawan lama aku. Ramailah sedara mara dia yang aku jumpa termasuklah Pok Chu. Pakcik kawan aku ni memang ramah , ikut katanya, dia baru sahaja baik dari kena santau, jadi banyaklah benda yang dia bercerita tentang pengalaman dia sepanjang terkena buatan orang. Aku seperti biasa memang suka bagi telinga aku pada orang....suka dengar je tapi aku jarang nak komen

Gay - Realiti dan Dilema

by zali w on February 16, 2011

Aku terjumpa tulisan ini dalam web, mula-mula macam tak percaya. Bacalah.


Aku ni seorang "gay". Masalahnya aku ni seorang Islam dan buntu tentang apa yang perlu aku lakukan. Keluarga aku sudah pasti akan menghalau aku keluar dari rumah jika rahsiaku ini terbongkar. Keluarga aku agak moden tapi masih teguh berpegang kepada ugama. Aku tak sampai hati pulak melihat keluargaku tertekan dengan keadaan dan cara hidup aku sekarang dan yang paling pentingnya, aku tak sanggup kehilangan keluargaku. Umurku sekarang dah 21 tahun dan aku tak boleh bayangkan hidupku tanpa keluarga. Aku percaya kepada ugamaku tapi masih tak dapat melarikan diriku dari kelakuan luar tabii ku ini. Aku rasa tidak boleh untuk menerima wanita dalam hidup ku dan jika terpaksa pun, aku akan rasa berdosa kerana hidup berpura-pura menyayanginya. Keadaan akan tentunya menjadi lebih teruk jika kami punya anak dan anak itu pula membesar di celah-celah perkahwinan yang berlandaskan cinta dan kasih sayang yang pura-pura.

---------------------------XXX------------------------------------

Insan-insan yang sebegini biasanya di pandang jijik ,seakan najis didalam masyarakat. Kita akan lakukan apa sahaja agar spesies ini pupus dari masyarakat. Cemuhan, penyiksaan dari segi fizikal dan mental malah ada yang melabelkan mereka sebagai penghuni neraka. Adakah gejala ini berpunca akibat dari kemajuan atau perasaan begini memang wujud didalam insan terpilih? Jika kemajuan

Cinta Kekasih, Sayang Mak Bapak

by zali w on February 13, 2011

 

Pattaya - Yang Asli dan Plastik

by zali w on February 11, 2011

Pattaya adalah salah satu dari tempat perlancungan yang terkenal  dengan pemandangan pinggir pantai dan pusat perkelahan yang menarik. Ia juga tempat kapal-kapal besar berlabuh dan menjadi tempat tumpuan anak-anak kapal dari negara luar mendapatkan bekalan  sebelum meneruskan perjalanan. keadaan disini sentiasa sibuk terutamanya waktu cuti bila pelancung mula membanjiri bandar Pattaya. Aku kesini atas perlawaan seorang rakan yang baru sahaja membuka sebuah restoran makanan laut dan rasanya eloklah juga aku meninjau-ninjau keadaan sekeliling disini. 

Older Posts
Showing 1 - 5 of 15 posts