[Skip Header] Friend Requests Messages Notifications HomeProfile Account(more) [End of Header]

mitokondria

by ahmad husairi k on December 10, 2010

mitokondria

MITOKONDRIA ialah sebuah “kilang tenaga” sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua yang paling biasa seperti penyakit Alzheimer, diabetes, kanser, penyakit jantung, penyakit Parkinson dan angin ahmar.

Mitokondria dikenali sebagai “kilang tenaga” bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), yang merupakan bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan. Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif. Kebanyakan sel mengandungi 200 - 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria, maka lebih banyak tenaga yang boleh dihasilkan. Sel badan kita mempunyai lebih kurang sebanyak 10 juta billion, dan membentuk 10 peratus daripada berat badan anda.

Mitokondria tidak berfungsi

Sejak ketidakfungsian mitokondria diterangkan pada tahun 1960-an, bidang perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Berbagai jenis gangguan kesihatan telah akhirnya dihubungkaitkan dengan kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah disabitkan sebagai suatu penyumbang utama kepada proses penuaan.

Pemeliharaan mitokondria

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam “Journal of Clinical Nutrition” mendapati gabungan Asid Alfa Lipoik dan Acetyl L-Carnitine mengurangkan radikal bebas dengan lebih baik berbanding dengan penggunaan mana-mana bahan itu secara berasingan. Gabungan berfungsi secara bersinergi untuk membantu mengelakkan kerosakan Mitokondria dan mengembalikan fungsinya semasa proses penuaan.

Sokongan jantung

AIDS

by ahmad husairi k on December 10, 2010

AIDS

Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada jangkitan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah. AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu, jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002 sebanyak 51,256 kes HIV dilaporkan di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Tingkah laku dan cara hidup individu dikenal pasti menjadi salah satu punca kepada jangkitan HIV dan cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah. Beberapa kajian telah dijalankan dan di antaranya ialah  “Kajian Remaja dan AIDS” (1996) ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun. Hasil kajian menunjukkan 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok. Perkembangan negatif tersebut perlu dibendung dengan segera untuk mengelakkan menjadi lebih buruk. Langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dilaksanakan. PROSTAR adalah

DNA

by ahmad husairi k on December 10, 2010

DNA

Sumber: http://andienyem.wordpress.com/

DNA singkatan dari deoxyribonucleic acid, yaitu suatu molekul yang terdapat dalam sel semua makhluk hidup. Setiap makhluk hidup mulai dari bakteri sampai manusia memiliki DNA. Secara garis besar, peran DNA di dalam sebuah sel adalah sebagai materi genetik; artinya, DNA menyimpan blue print bagi segala aktivitas sel. Ini berlaku umum bagi setiap organisme. Di antara perkecualian yang menonjol adalah beberapa jenis virus (dan virus tidak termasuk organisme) seperti HIV (Human Immunodeficiency Virus).


Pada dasarnya, DNA merupakan blue print kehidupan. Ia mengandung perintah-perintah yang memberitahu sel bagaimana harus bertindak. Ia juga menentukan bagaimana sifat organisme diturunkan dari suatu generasi ke generasi berikutnya.


Struktur

DNA merupakan polimer yang terdiri dari tiga komponen utama, iaitu gugus fosfat, gula deoksiribosa, dan basa nitrogen. Sebuah unit monomer DNA yang terdiri dari ketiga komponen tersebut dinamakan nukleotida, sehingga DNA tergolong sebagai polinukleotida.


Rantai DNA memiliki lebar 22-24, sementara panjang satu unit nukleotida 3,3. Walaupun unit monomer ini sangatlah kecil, DNA dapat memiliki jutaan nukleotida yang terangkai seperti rantai. Misalnya, kromosom terbesar pada manusia terdiri atas 220 juta nukleotida.



Rangka utama untai DNA terdiri dari gugus fosfat dan gula yang berselang-seling. Gula pada DNA adalah gula pentosa (berkarbon lima), yaitu 2-deoksiribosa. Dua gugus gula terhubung dengan fosfat melalui ikatan fosfodiester antara atom karbon ketiga pada cincin satu gula dan atom karbon kelima pada gula lainnya. Salah satu perbedaan utama DNA dan RNA adalah gula penyusunnya; gula RNA adalah ribosa.


DNA terdiri atas dua untai yang berpilin membentuk struktur heliks ganda. Pada struktur heliks ganda, orientasi rantai nukleotida pada satu untai berlawanan dengan orientasi nukleotida untai lainnya. Hal ini disebut sebagai antiparalel. Masing-masing untai terdiri dari rangka utama, sebagai struktur utama, dan basa nitrogen, yang berinteraksi dengan untai DNA satunya pada heliks. Kedua untai pada heliks ganda DNA disatukan oleh ikatan hidrogen antara basa-basa yang terdapat pada kedua untai tersebut. Empat basa yang ditemukan pada DNA adalah adenin (dilambangkan A), sitosin (C, dari cytosine), guanin (G), dan timin (T). Adenin berikatan hidrogen dengan timin, sedangkan guanin berikatan dengan sitosin.

KALORI

by ahmad husairi k on December 10, 2010

KALORI

Badan anda bergantung kepada apa yang anda makan. Jika anda tidak mengambil makanan yang seimbang, risiko untuk mendapat penyakit adalah tinggi. Kebanyakan orang mempunyai berat badan berlebihan kerana tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul. Anda bukan sahaja harus mengambil makanan yang berzat tetapi juga tahu cara menggunakan tenaga daripada zat itu. Tenaga yang digunakan oleh kita dikenali sebagai kalori.

Mengikut kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisme yang tinggi. Manakala, mereka yang gemuk memiliki metabolisme rendah. Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisme sahaja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar. Justeru, berat badan anda akan bertambah jika anda mengambil kalori lebih daripada jumlah yang diperlukan oleh badan. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan akan berkurangan.

Pada dasarnya metabolisme adalah enjin yang membakar kalori. Ia juga bertindak seakan

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kalori Anda

Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kalori dalam badan anda:

Saiz tubuh dan Komposisinya

Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

Usia

Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan jumlah ototnya dan lemak

Older Posts
Showing 1 - 5 of 28 posts